Saturday, February 28, 2009

21st Century Skills

Anda telah membaca artikel tentang kemahiran abad ke-21 oleh The Denver Post. Berdasarkan artikel tersebut, senaraikan kemahiran abad ke-21. Bagaimanakah anda akan menyediakan pelajar anda untuk berjaya di zaman yang begitu cepat berubah terutama dari segi teknologi?

Ralph Waldo Emerson said that: "Nothing great was ever achieved without enthusiasm"

Saturday, February 21, 2009

Kelas 2 (15 Feb.2009) : Proses Pembelajaran

Arahan untuk kerja berkumpulan telah diedarkan kepada pelajar. Didapati pelbagai persepsi telah ditunjukkan oleh pelajar. Ada yang terkejut. Ada yang menunjukkan minat yang sangat tinggi untuk melakukan tugasan tersebut. Ada yang hanya mengambil mudah tanpa memahami apa sebenarnya kehendak tugasan. Tingkahlaku tersebut adalah biasa di dalam persekitaran bilik darjah. Tetapi apa yang penting yang saya ingin tegaskan di sini adalah berlakunya proses pembelajaran melalui komunikasi antara rakan sebaya dan pensyarah. Dalam masa yang sama, berlaku juga proses pembelajaran melalui bahan rujukan yang dibekalkan dan bahan dari sumber internet.
Saya harapkan pelajar saya akan mendapat pengetahuan baru tentang kemahiran abad ke-21 dan bagaimana untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan projek di dalam bilik darjah melalui pengalaman ini.

The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write but those who cannot learn, unlearn and relearn.
-Alvin Toffler

Saturday, February 14, 2009

21st Century Learner

Wednesday, February 11, 2009

Sesi Ice breaking

Apa pandangan anda tentang sesi ice breaking pada 8 Feb.2009. Adakah anda memperolehi peningkatan maklumat dari sesi tersebut?

Dari pengalaman tersebut, adakah anda menggemari strategi pengajaran berpusatkan guru yang saya gunakan itu?

Mengikut John Holt,
The biggest enemy to learning is the talking teacher.

Wednesday, April 9, 2008

Pengenalan

Penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan projek di dalam saya mengajar komponen TMK dalam subjek Pengurusan Sumber ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar KPLI bagaimana untuk menguruskan pengajaran untuk memenuhi keperluan pelajar sekarang terutamanya dalam mengaplikasikan kemahiran abad ke-21. Harus diingat bahawa pelajar masa kini sukakan sesuatu yang mencabar. Mereka suka bersaing dan berkolaborasi antara satu sama lain terutamanya dalam mendapatkan maklumat.

I never teach my pupils, I only attempt to provide the conditions in which they can learn.
Albert Einstein

Understanding Giftedness

What does gifted meant for? Below is a list of terms which could be associated with the word "gifted":
  • more able
  • able
  • talented
  • exceptional
  • higher education potential
  • more capable learner
  • high academic potential
  • more receptive learner
  • bright