Saturday, February 28, 2009

21st Century Skills

Anda telah membaca artikel tentang kemahiran abad ke-21 oleh The Denver Post. Berdasarkan artikel tersebut, senaraikan kemahiran abad ke-21. Bagaimanakah anda akan menyediakan pelajar anda untuk berjaya di zaman yang begitu cepat berubah terutama dari segi teknologi?

Ralph Waldo Emerson said that: "Nothing great was ever achieved without enthusiasm"

14 comments:

yazams2u said...

Test...

yazams2u said...

Vicky... how about our interactive web? please reply

ezrina said...

Assalamualaikum,
Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar dan peluang kepada saya untuk mempelajari mengenai ICT.Sekarang, saya telah tahu serba sedikit mengenai teknologi ini dan berharap dapat belajar lebih banyak lagi pada masa akan datang.

vicky said...

Terima Kasih Puan. Saya telah baca serba sedikit mengenai dengan Artikel 21st Century Skills.Tidak tahu menggunakan HTML coding. Tetapi saya akan cuba untuk menggunakannya.

Thank You Puan

Anonymous said...

Kemahiran abad ke-21 mengikut The Denver Post termasuklah kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan literasi media dan sistem maklumat.

Cara yang dapat dilakukan untuk pelajar berjaya di zaman teknologi termasuklah merubah pendekatan P&P daripada sistem konvensional dan berpusatkan guru kepada penggunaan ICT secara optimum.

Namun, saya berpendapat terdapat sedikit kekangan sekiranya guru ditugaskan di kawasanyang penggunaan ICT tidak begitu menyeluruh dan pelajar-pelajar kurang didedahkan dengan ICT. Walaubagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab guru meyediakan pelajar dengan kemahiran-kemahiran ICT ini semaksimum yang mungkin.

Anonymous said...

Assalamualaikum Puan,
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Puan pada hari ini, saya dapat mempelajari tentang cara-cara membina email saya sendiri. Selain itu, saya juga memahami tentang topik pembelajaran hari ini bertajuk "21st century skills". Terima kasih atas tunjukajar Puan.
Wasallam...

vicky said...
This comment has been removed by the author.
vicky said...

Puan, saya telah membaca artikel ini. Yang saya faham ialah bagaimana ICT dapat membantu para guru dalam mahirkan serta peka mereka terhadap ICT.
Walaubagaimanapun ada guru yang pandang endah tentang ICt. Bagi saya artikel ini satu pendedahan terhadap ICT dalam kurun ke 21.

Puan kelas kami dah ada 23 orang. Saya confuse nak buat assignment?

Zakiah bt Mahmud said...
This comment has been removed by the author.
Zakiah bt Mahmud said...

Anda perlu memikirkan bagaimana untuk menyediakan pelajar anda untuk menghadapi cabaran abad ke-21

Anonymous said...

Masa cuti ini saya banyak search about kemahiran abad ke 21.
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) dlm kurikulum banyak bergantung kepada keupayaan guru memafaatkan kemudahan TMK unt menjadikan P&P lebih efisien.
Konsep Pembelajaran secara self-paced,self accessed dan self directed jelas memberi cabaran kepada guru unt mengatur P&P yg dinamik dan kolaboratif.
A great teacher does more than just educate.kalau tak masuk kelas ni tak tau lansung tentang cabaran guru abad 21.Thanks alot to you.

yazams2u said...

Betul.. tu puan, di abad ini banyak sangat benda yang di post kan ke web, blog dan sebagainya.. so jika kita tak nak ketinggalan seharusnyalah kita mendedahkan kepada para pelajar berkenaan ICT.

nanaimah said...

Assalamualaikum puan, apa khabar.. Puan, harini merupakan hari ketiga saya menjalani SBE... sempat juga saya beramah mesra dengan guru-guru... banyak pengalaman mereka yang telah mereka kongsikan ...saya sempat juga bertanya pendapat "guru lama" mengenai pendapat mereka mengenai pembelajaran yang berasaskan teknologi media...ada yang berpendapat, pendekatan tersebut kurang berkesan, terutama kepada pelajar tahun 1... bagi beliau, pelajar hanya mendengar dan melihat persembahan yang ditunjukkan tanpa memahami apa yang diperkatakan... beliau lebih suka menggunakan kaedah sedia ada, seperti flash card...yang lebih berpusatkan guru... saya merasakan ini merupakan satu cabaran dalam mengaplikasikan TMK dalam P&P hari ini... saya merasakan ada 'pro & contra' dalam hal ini... sesungguhnya bukan mudah merubah sesuatu tradisi yang biasa diamalkan... Sekian.

Zakiah bt Mahmud said...

Naimah,
Penggunaan TMK dalam P&P perlu dirancang dengan mengambil kira kumpulan sasaran serta objektif pengajaran. Mengikut Jean Piaget dalam teori perkembangan kognitif, pelajar pada umur 7 tahun (darjah 1) berada pada peringkat pra-operasi di mana pada peringkat ini berlaku perkembangan drastik dalam penggunaan simbol mental (perkataan dan imej)untuk menyatakan tentang sesuatu objek, orang dan peristiwa yang dialami kanak-kanak. Justeru, anda boleh menggunakan TMK untuk menyediakan elektronik flash card atau electronik story book interaktif yang lebih mendekatkan pelajar kepada perkataan dan imej. Sebagai guru, kita perlu lebih terbuka dari segi pemikiran agar kita dapat melihat sesuatu dalam aspek yang lebih luas mengikut keperluan pelajar masa kini. Persepsi guru banyak mempengaruhi tingkahlaku mereka kepada pelajar sehinggakan kadang-kadang pelajar langsung tidak diberi peluang untuk memperkembangkan potensi diri.
To appreciate your significance, you need to understand that you can make a difference