Saturday, February 21, 2009

Kelas 2 (15 Feb.2009) : Proses Pembelajaran

Arahan untuk kerja berkumpulan telah diedarkan kepada pelajar. Didapati pelbagai persepsi telah ditunjukkan oleh pelajar. Ada yang terkejut. Ada yang menunjukkan minat yang sangat tinggi untuk melakukan tugasan tersebut. Ada yang hanya mengambil mudah tanpa memahami apa sebenarnya kehendak tugasan. Tingkahlaku tersebut adalah biasa di dalam persekitaran bilik darjah. Tetapi apa yang penting yang saya ingin tegaskan di sini adalah berlakunya proses pembelajaran melalui komunikasi antara rakan sebaya dan pensyarah. Dalam masa yang sama, berlaku juga proses pembelajaran melalui bahan rujukan yang dibekalkan dan bahan dari sumber internet.
Saya harapkan pelajar saya akan mendapat pengetahuan baru tentang kemahiran abad ke-21 dan bagaimana untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan projek di dalam bilik darjah melalui pengalaman ini.

The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write but those who cannot learn, unlearn and relearn.
-Alvin Toffler

14 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum semua.. saya bersetuju dengan puan. Cara pembelajaran abad ke 21 memerlukan keupayaan dan kesungguhan untuk mencari maklumat. maklumat yang diperolehi pula haruslah benar dan tepat.


yazam's

Anonymous said...

Memang kelas pertama saya rasa keliru sedikit and hilang haluan semasa dalam IPGM amnya dan kelas-kelas amnya. Saya rasa nak banyak belajar serta nak buat macam-macam tugasan tetapi tak pasti tentang sumber serta cara jalannya. Harap sangat saya dapat menyesuaikan diri dalam IPGM dan kelas-kelas lain secepat mungkin.

Anonymous said...

Assamualaikum puan,

According to this lesson last week, i have no comment due our group assigment. If i have any question i will refer direct to you.

TQ.

Anonymous said...

Berdasarkan kepada kerja kursus yang diberi, ia adalah suatu projek yang menarik dan mencabar. Ia agak mencabar dari segi pengumpulan maklumat dan pemahaman topik. Dalam masa yang sama saya pun turut mengakui yang saya kurang mahir dalam menggunakan IT...

Anonymous said...

kelas psp ini menarik tp untuk 1st clas sy agak terkejut sebab dasyatnye tugasan yang diberi tp takpelah dah namanya student kan.. tumpuan pada projek agak kurang sb kekangan masa...nak buat projek ini jadi hebat mesti kena ada tumpuan..nasib baik tugas di agih-agih kan....

Anonymous said...

askum puan,

According to our assingment, currently i have no commend to you.

Tq

Regards
Sobariyah Basaharudin

Anonymous said...

pada pendapat saya, saya rasa bahawa mempelajari teknologi dalam pendidikan adalah sangat menarik dan menimbulkan rasa teruja dalam pembelajaran. hal ini akan membolehkan saye mempraktikan apa yang pernah saya pelajari dan menggunakan skil-skil yang ade bagi membolehkan segala azimat yang pernah dipraktikan sebelum ini menjadi lebih mantap dan power. kehendak dunia harin ini memang memerlukan penggunaan teknologi secara 158% bagi membantu manusia dalam menjalakan aktiviti harian. walaubagaimanapun kesan penggunaan teknologi yang melampau akan membuatkan manusia menjadi semakin malas dan berat badan mereka bertambah setiap hari. hal ini akan menambah statistik penghidap obesiti dalam dunia. walaubagaimanapun saye belum faham kehendak yang diperlukan untuk memulakan tugasan tersebut terperinci. saya rasa kami memerlukan bantuan puan untuk memahami kehendak tugasan yang sebenarnya supaya kami dapat menyiapkan tugasan mengikut kehendak yang puan kehendaki.

Anonymous said...

assalamualaikum.

pada awal kuliah saya rasa kabur tentang apa yang hendak dilakukan. namun selepas pensyarah menerangkan sedikit demi sedikit saya dapat memahaminya walaupun tidak sepenuhnya.



nurhafizah binti zakaria

Zakiah bt Mahmud said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nanaimah said...

Assalamualaikum Puan,
Pertama kali saya melihat tugasan yang puan berikan, saya berasa agak keliru dan tidak faham kehendak sebenar tugasan. Namun, berkat penerangan daripada pihak puan dan rakan-rakan, saya mendapat sedikit gambaran dan didapati tugasan ini menarik dan mencabar. Tugasan ini akan menjadi lebih menarik sekiranya saya tidak berhadapan dengan kekangan masa dan tugasan-tugasan yang lain. Saya akan cuba melakukan yang terbaik.

Terima kasih Puan.

ummu muaz said...

Assalamualaikum...
setakat ni saya masih lg keliru untuk menyiapkan tugasan yang diberi.Tapi tugasan yang diberi masih dalam progress lagi.Insya-Allah kami akan menyiapkan dulu draf untuk rujukkan puan.

Thank you.

Anonymous said...

Askum Puan,

Pada peringkat awal menerima assigment dari puan rasa sedikit kekeliruan...tetapi sekarang saya dapt sedikit gambar ttg halatuju projek ini...apa yang dapt saya katakn bahawa guru zaman abad 21 ni menguasai ilmu ICT...