Wednesday, April 9, 2008

Pengenalan

Penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan projek di dalam saya mengajar komponen TMK dalam subjek Pengurusan Sumber ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar KPLI bagaimana untuk menguruskan pengajaran untuk memenuhi keperluan pelajar sekarang terutamanya dalam mengaplikasikan kemahiran abad ke-21. Harus diingat bahawa pelajar masa kini sukakan sesuatu yang mencabar. Mereka suka bersaing dan berkolaborasi antara satu sama lain terutamanya dalam mendapatkan maklumat.

I never teach my pupils, I only attempt to provide the conditions in which they can learn.
Albert Einstein

4 comments:

Anonymous said...

Sejauhmana Malaysia telah melaksanakan pendidikan untuk kanak-kanak pintar cerdas di sekolah?

Zakiah bt Mahmud said...

Setakat ini setahu saya tiada lagi polisi untuk pendidikan pintar cerdas di Malaysia.

Anonymous said...

sebenarnya polisi untuk pendidiakn pintar cedas telah bermula seabad yang lalu. jika dilihat daripada sejarah, penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kolej Tuanku Kurshiah, Sekolah Sains Alam Shah dan Maktab Rendah Sains Mara merupakan polisi pendidikan pintar cerdas iaitu menghimpunkan golongan pintar cerdas di sebuah sekolah khas bagi menjaga dan menjamin kualiti kecerdasan pelajar-pelajar di Malaysia.

Anonymous said...

Saya rasa perspektif pintar cerdas yang anda maksudkan adalah merangkumi skop yang agak terhad,iaitu di sini pemilihan pelajar dibuat berdasarkan kepada pencapaian akademik dan pencapaian ko-kurikulum yang agak terhad. Sedangkan kalau kita lihat terdapat ramai lagi pelajar kita yang mempunyai kebolehan istimewa dalam bidang tertentu terdapat di sekolah biasa dan akhirnya mereka ini menjadi pelajar biasa malah ada yang dropout diperingkat awal persekolahan. Ini disebabkan sekolah gagal untuk memenuhi keperluan pembelajaran pelajar seperti ini.
Jadi di sini apa sebenarnya definisi pintar cerdas yang dibuat oleh KPM yang membolehkan pelajar-pelajar memasuki MRSM dan sekolah berasrama penuh lain?